Tuesday, January 5, 2010

doa mengilhamkan kesyukuran

رب أوزعني أن أشكر نعمتك التي أنعمت علي وعلى والدي
وأن أعمل صالحا ترضاه
وأصلح لي في ذريتي إني تبت إليك وإني من المسلمين

YA ALLAH YA TUHANKU ILHAMKANLAH KEPADAKU UNTUK TERUS BERSYUKUR AKAN NIKMATMU YANG DIKAU BERIKAN KEPADA KU DAN KEPADA KEDUA IBU BAPAKU.
DAN ILHAMKAN DAKU UNTUK TERUS BERAMAL SOLEH YANG DIKAU REDHAI.
DAN PERBAIKI DAKU KEPADA ZURIAT KETURUNANKU SESUNGGUHNYA DAKU TELAH BERTAUBAT KEPADAMU DAN SESUNGGUHNYA AKU DARI KALANGAN ORANG-ORANG ISLAM

hari ini ku bermadah penghambaan

hari ni daku melihat dengan mata Ilahi Albasir,
mendengar dengan cupingan pemberian Assami3,
daku bertutur dengan lisan aturan Alkalam,
buat sekian kali tanpa silu daku masih bertamu di Bumi Alkholiq,

hari ini akan jadi saksi bayan di muka pengadilan Almalik,
hinanya daku hamba yang daif bermusafir di ardi Aljalil,
setiap inci hamparan nikmat ku sandar hayat ini di hadapan anna3im,
namun belum ku dapat padan penghambaanku yang secubit,
ya Rabbuna Rabbul 3i3ati,
اغفر ذنوبي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

Thursday, December 10, 2009

unsur kejadian manusia

sesungguhnya kejadian kita terdiri dari 4 unsur utama kejadian iaitu

1. yakin (yakin)
2. sabar (merah jambu)
3. ikhlas (hijau)
4. redha (biru)

apabila seseorang itu tidak dapat mengaplikasikan keempat perkara maka pincanglah hidupnya...
bagaikan sebuah rumah ada tiang, dinding, atap dan lantai...cuba kita bayangkan tidak ada salah satu atau lemah salah satu maka pasti rumah itu akan goyah...begitu juga seorang manusia tidak jadi manusiawi yang sempurna dan sebaik-baik kejadian seperti yang yang difirmankan oleh Allah S.W.T dalam surah tiin:
sesungguhnya kami telah jadikan insan itu di dalam sebaik-baik kejadia...
sesungguhnya kita dijadikan Allah dengan sebab untuk memperhambakan diri kita kepada Allah...
sebagaimana Allah subhanahu wataala telah berfirman di dalam alQuran :

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56.


oleh itu kita tak berhak langsung untuk mengingkari atau mempersoal segala aturan yang di tetapkan kepada kita melainkan kita taat sepenuhnya kepada NYA, mengamalkan segala suruhanNYA dan menjauhi serta melarang segala laranganNYA.

KERANA KITA HANYA SEKADAR HAMBA YANG TERLALU DAIF

والله أعلم وهو سميع عليم


hari pertama ku ber"blog"

salam!!!!
kepada pengunjung blong ini yang beragama islam
dan
sejahtera!!!!
buat yang lain